| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Sambutan Malam Nisfu Syaaban, Asrama Kasih YBK 5/8/2009

Serendah - Pelajar Asrama Kasih YBK Serendah telah mengadakan majlis szambutan Malam Nisfu Syaaban di Surau asrama. Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan beberapa orang ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan kenalan yang sentiasa menyokong program YBK serta semua 170 orang pelajar asrama.

Majlis malam itu dimulakan dengan sembahayang maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan bacaan yassin sebanayk 3 kali dan sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan tazkirah dan motivasi kepada pelajar asrama yang dipimpin oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom sebelum hadirin menjamu makan malam yang disediakan oleh pengurusan asrama.

Sempena malam nisfu syaaban, Dato Pengerusi telah mengingatkan supaya semua pelajar berdoa agar pelajar sentiasa berusaha mencatat kecemerlangan pelajaran masing dan juga minta semua pelajar mendoakan agar YBK terus dapat menjalankan program-program pembasmian kemiskinan setelah 19 tahun mencatat kejayaan menyumbang kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat miskin di dalam negara

 

 

YBK Team Development @ copyright