YBK Rancang Melabur Dalam Syarikat Farmasi, 23/7/2009
Dungun - YBK sedang merancang untuk melabur dalam sebuah syarikat galenical pharmaceutical manufacturing bumiputera di Malaysia. Syarikat yang memulakan aktiviti penyelidikan sejak tahun 2004 sedang dalam peringkat akhir untuk fasa pembuatan ubat-ubatan untuk pasaran dalam negara. Syarikat yang terletak di Batu 7 Zon Industri Dungun, Terengganu dibangunkan oleh tenaga professional dari kalangan bumiputera menarik minat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Datin Hartini Osman bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan perunding YBK (Encik Mo0hd Azim) telah mengadakan lawatan tapak kilang. Encik Halim Mohamad, Pengarah Urusan Syarikat telah meluangkan masa hampir 2 jam memberi taklimat tentang kemajuan kilang kepada rombongan YBK dengan dibantu oleh Nur Izzah Mohamad, Production Pharmacist dan Mohamad Hishamuddin Plant Engineer.
|