| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

 


 

Kasih Ramadhan 2009

Sepanjang tempuh  7/6/2009 hingga 2/7/2009  YBK  telah menjalankan kajian mengenalpasti keluarga termiskin di seluruh negara untuk tujuan Program Realiti TV KASIH RAMADHAN.   Sebanyak 51  kes keluarga termiskin di seluruh negara telah diliputi dalam program ini.

Kes-kes kemiskinan tegar  yang ditemui YBK adalah di negeri-negeri  Perlis (5), Kedah (5), Pulau Pinang (4), Perak (4), Melaka (4), Johor (2), Negeri Sembilan (3), Kelantan (14), Terengganu (2), Pahang (3), Selangor(2 dan Wilayah Persekutuan (3).  

Sebahagian kes yang ditemui akan dijadikan bahan dalam siri dokumentari program  KASIH RAMADHAN iaitu  Program Realiti TV  bertujuan mengutip dana membantu keluarga yang dipaparkan dalam program tersebut. Kalau tiada halangan siaran program tersebut akan ditayangkan melalui saluran ASTRO OASIS sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Walau bagaimanapun dari 50 kes kemiskinan tegar yang ditemui sebanyak 19 kes memerlukan bantuan segera baik-pulih rumah berdasarkan keadaan rumah yang daif dan tidak selamat didiami dengan kos baik-pulih (RM155,000.00), 11 kes perlu penempatan asrama kasih YBK bagi anak mereka yang bersekolah, 20  kes memerlukan bantuan lain seperti kewangan, bantuan rawatan dan kereta roda dan 1 kes memerlukan penempatan rumah PPRT

 

 

YBK Team Development @ 2008 copyright