Hijrah Mencari Kejayaan
- Kekentalan Hati Adik Siti Untuk Merubah Kehidupan Keluarga
2 Julai 2009, Bagan Serai – Bukan senang bagi seorang ibu untuk melepaskan anak bongsu yang selama ini sentiasa di hadapan mata pergi jauh untuk menuntut ilmu di negeri orang. Perasaan rindu ibu ini terpaksa dipendam bagi menjamin masa depan anak agar lebih baik daripada kehidupannya buat masa ini. Hanya doa yang dapat mengiringi adik Siti Nurhaliza Ahmad, 12 tahun pelajar tahun 6, supaya kelak dapat membei cahaya baru dalam kehidupan mereka di masa depan.
Melalui program Kasih Ramadhan, YBK telah mengambil usaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada adik Siti dengan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan pelajarannya di Asrama Jambor Sakti YBK di Gesir.
Ibunya, Puan Misah Mat amat berterima kasih kepada YBK kerana sudi membantu keluarga mereka dengan memberi peluang kepada anaknya belajar di asrama ini yang mana semua kos ditanggung sepenuhnya oleh YBK. Beliau berharap dengan bantuan ini dapat meringan sedikit kesimpitan hidup yang dihadapinya semenjak kehilangan suami setahun yang lalu. Beliau juga terharu kerana mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai YBK untuk urusan perpindahan anaknya.
si.
|