Pengerusi Ceramah One-Malaysia di Kg Samak Telok Intan, 27/6/2009
Telok Intan - Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah memberi ceramah berkenaan Gagasan Satu-Malaysia kepada pimpinan penduduk sekitar Kg. Samak Telok Intan. Program Majlis Taklimat Gagasan Satu-Malaysia anjuran pimpinan penduduk persisiran Sg Bernam berhampiran Kg Samak telah dihadiri lebih 150 orang penduduk sekitar. Dato Idris Hashim, Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Perak bersama pimpinan peringkat Parlimen Telok Intan turut hadir dalam majlis tersebut.
Dato Zainal Sakom telah menerangkan falsafah di sebalik gagasan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Menurutnya Satu-Malaysia adalah gagasan untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kumpulan kaum. Yang paling penting semua rakyat mesti menerima Perlembagaan Malaysia sekiranya mahu mengistiharkan diri sebagai rakyat Malaysia. Dengan ini tidak timbul lagi isu yang sensitif seperti kontrak sosial yang menyentuh sensitiviti rakyat. Yang paling penting semua rakyat dan setiap peringkat pimpinan mesti menyokong gagasan Satu-Malaysia dengan mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi.
|