| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Pengerusi Bincang Dengan Pengasas YBK, 17/6/2009

Shah Alam - Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah meluangkan masa hampir 2 jam bersama Pengasas YBK, Tan Sri Muhammad Muhd Taib di rumahnya di Shah Alam. Perjumpaan itu menjurus kepada taklimat Pengerusi tentang perkembangan YBK yang mutakhir terutamanya perancangan dan perlaksanaan program sosio-ekonomi dan pembangunan aset YBK.

Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib juga telah memberi nasihat dan peringatan kepada YBK supaya terus merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskminan di luar bandar terutamaya kepada orang Melayu. Beliau memberi contoh bagaiman Allahyarham Tun Razak Hussein memberi keutamaan kepada pembangunan prasarana luar bandar yang menyebabkan orang Melayu maju terutamanya dalam bidang pendidikan.

Beliau juga mengingatkan YBK supaya tidak lupa merancang dan melaksanakan program motivasi dan kepimpinan, terutamaya kepimpinan dikalangan orang Melayu terutamanya di luar bandar

 

 

YBK Team Development @ copyright