| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar

3 Jun, - Siri  terakhir program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Desa Kasih akan diadakan di Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar pada 21 Jun 2009.  Program yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita berkaitan dengan kesihatan dalam menangani penyakit berisiko tinggi seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Program terakhir ini melibatkan tiga buah Desa Kasih iaitu Desa Kasih BNO, Desa Kasih Sekendi dan Desa Kasih Tg Jawa.

Program yang akan dianjurkan ini juga mendapat kerjasama daripada Lembaga Zakat Selangor, Hospital JHEOA Gombak, Pusat  Kesihatan Sg Air Tawar dan para sukarelawan YBK.

Antara aktiviti pemeriksaan yang akan dijalankan ialah pemeriksaan payu dara, pemeriksaan pangkal rahim, tekanan darah, glukos, berat badan dan pemeriksaan am. Walaupun program ini dikhususkan khas bagi kaum wanita, YBK juga membuka peluang kepada kaum bapa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan am. YBK juga menyeru kepada kaum bapa untuk memberi sokongan kepada isteri masing-masing untuk  menjalani pemeriksaan kesihatan ini. Program ini akan bermula dari  jam  8.00 pagi sehingga 2.00 petang di Dewan Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar.

YBK Team Development @ copyright