Taklimat Sinar Kasih Ramadhan 1430H, 28/5/2009
Shah Alam - YBK telah mengadakan Taklimat Program Kasih Ramadhan kepada NGO yang telah dikenalpasti yang dijangka dapat membantu menjayakan program Sinar KASIH Ramadhan 1430H. Taklimat yang disampaikan oleh Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK telah diadakan di Kelab Warga Emas Shah Seksyen 24 Alam.
Oleh kerana hanya beberapa NGO yang hadir seperti Usahzwanita Malaysia, Majlis Belia Malaysia, PERKIIM, Persatuan Al-Hafiz Selangor dan beberapa NGO lain, YBK memutuskan akan datang dan memberi taklimat kepada pertubuhan atau NGO di premis NGO yang berkenaan.
YBK juga akan membekalkan semua kit yang diperlukan kepada NGO yang berminat seperti broser, poster dan tabung untuk tujuan kutipan derma.
|