Seminar SATU MALAYSIA MAIM, 23/5/2009
Kuala Lumpur - YBK telah turut sama mengambil bahagian Seminar Satu Malaysia, anjuran Majlis Amal Islami, MAIM dan Yayasan Dakwah Al-Islamiyah, YADIM.
Seminar ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli panel dan peserta mengupas secara akedemik tentang gagasan YAB Perdana Menteri, Satu Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. Ini termasuklah mencadangkan plan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan gagasan ini dapat diterima oleh rakyat Malaysia seterusnya menjamin kejayaan gagasan ini sebagai instrumen pembinaan bangsa Malaysia.
Sementara itu Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK turut sama sebagai salah seorang ahli panel dalam forum Satu Malaysia Dari Prespektif NGO Islam bersama Hj Yusri Mohamad (Presiden ABIM), Prof Dato Mohd Yusof Othman (UKM). YBK juga disertai Hj Bing Selamat Amir (ALPA) dan beberapa orang kakitangan.
|