Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksana SINAR KASIH RAMADHAN 1430H/2009, 18/5/2009
Kelana Jaya - YBK telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Program SINAR KASIH Ramadhan 1430H/2009 di pejabat YBK. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) turut dihadiri oleh Dato Tolha (Pengerusi PIMPINAN), Dato Ibrahim Kassim (Timbalan YDP PIMPINAN), Encik Hashim Manang (SINAR KARANGRAF), Datin Hartini Osman(ALPA YBK) dan kakitangan YBK.
Mesyuarat kali memaklumkan jumlah kutipan dari sumbangan orang ramai adalah sebanyakRM10,000.00 Mesyuarat memutuskan program mensasarkan 1,000 keluarga miskin akan mendapat bantuan RM400.00 bagi menampung keperluan berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan puasa akan datang. Mesytuarat juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mendapat kerjasama dari masjid seluruh negeri Selangor. Disamping itu YBK akan memanggil NGO, pihak yang berpotensi menyokong untuksuatu majlis taklimat yang akan diadakan pada 28/5/2009 di Kelab Warga EMAS Selangor di Seksyen 24 Shah Alam.