Program SINAR KASIH Ramadhan 2009, 23/4/2009
23 April 2009, Petaling Jaya – YBK mengadakan perbincangan dengan Akhbar SINAR KARANGKRAF, ASTRO OASIS dan PIMPINAN (Persatuan Imam, Pegawai Masjid & Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor) untuk melancarkan Program SINAR KASIH Ramadhan 2009. Untuk tujuan tersebut majlis pelancaran akan diadakan dan dilancarkan oleh Dato Zainal Abdin Hj Sakom pada 28/4/2009 di pejabat KARANGKRAF Sekseyn 15 Shah Alam.
Program SINAR Kasih Ramadhan merupakan program meningkatkan kesedaran dikalangan orang ramai dan sektor koperat untuk memberi sedekah kepada keluaraga termiskin di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Miskin) iaitu RM400.00 sebulan. YBK berpendapatan dengan sumbangan orang ramadhan orang dan sektor koperat ramai keluarga termiskin yang layak dapat dibantu memenuhi keperluan makan sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.
Orang ramai dan sektor koperat yang ingin membantu bolehlah memberi sumbangan mereka berdasarkan keperluan minima makan iaitu sebanyak RM400.00 sebulan. Oleh itu mereka yang berminat boleh memberi sumbangan untuk lebih dari satu keluarga. Merekabopleh membayar dengan cek atas nama 'Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor'. YBK juga akan melaksanakan majlis penyerahan bantuan kewangan kepada mereka yang layak melalui PIMPINAN atau pejabat Agama Islam Negeri sebelumbermula bulan Ramdahan yang akan datang
|