Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Bil 56, 21/4/2009
21 April 2009, Kelana Jaya - YBK telah mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil. 56 di pejabat YBK bermula jam 10.00 pagi. Antara yang hadir dalam mesyuarat ini adalah Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Datin Hartini Othman, Dato Dr Mat Yasir Ikhsan dan Hj Bing Selamat Amir.
Perkara utama yang dibincangkan mesyuarat kali ini adalah menerima Laporan Juruaudit tentang Laporan Kewangan YBK Bagi Tahun 2007 dan memutuskan harga jualan rumah-rumah YBK di Taman Serendah yang dijangka siap akhir bulan April ini. Disamping itu YBK juga akan lebih aktif dalam merancang dan menjalkankan program pembasmian kemiskinan yang sesuai. |