Arkib Berita 2009

 

 

Pengerusi YBK Hadir Majlis Siratulrahim Koperasi Alumuni ESQ

Shah Alam, 1 Mac 2009 - Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah menghadiri Majlis Siratulrahim Koperasi Alumuni ESQ Malaysia Bhd yang dianjurkan oleh Lembaga Pengarah koperasi (KALAM 165). Sempena majlis tersebut Pengerusi koperasi telah memberi taklimat tentang objektif dan halatuju koperasi yang terbuka kepada ahli alumuni ESQ.

Menurut Ir. Haizad koperasi ditubuhkan sesuai dengan perjuangan ESQ 165 iaitu membina high trust society dan menegakkan Islam dengan nilai Asmaul Husna. Semua ahli alumuni ESQ perlu membina satu keyakinan dan tidak sekali-kali bersifat apologetic terhadap diri sendiri dalam usaha memberi rahmat kepada sekelian alam.

Koperasi Alumuni ESQ Malaysia Bhd (KALAM 165) ini menekankan kepada 4 misi iaitu Food Project (holistic approach), Muamalat 165 (free from riba), Education & Development (membebaskan remaja Islam dari segala dengan kepincangan sosial) dan Environment (pengurusan alam sekitar untuk masa depan)

Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dalam ucapannya akan sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong usaha KALAM 165. Beliau juga menyatakan bagaimana Muhamad Tantawy seorang serjana Islam tersohor mengatakan Islam kini telah dipropagandakan dengan tafsiran dan definasi yang salah. Namun demikian Muhamad Tantawy yakin tamadun Islam akan bangkit semula dan ianya bermula dari timur dan diplopori oleh orang kepimpinan Melayu. Tun Dr Mahathir Muhamad yang telah mengangkat Islam dengan prespektif baru dan Dr Ary Ginanjar Augustine yang memplopori ESQ merupakan pemimpin Islam yang bertanggungjawab dengan kebangkitan Islam di rantau ini.

 

YBK Team Development @ 2008 copyright