| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Taklimat Projek Pembangunan UiTM PYBK

Kelana Jaya, 20 Feb 2009 - Permodalan YBK, anak syarikat YBK telah mengadakan raptai sesi taklimat projek pembangunan UiTM. Taklimat ini adalah sebagai persediaan PYBK yang akan mengadakan mesyuarat dengan Bahagian Penswastaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 24/2/2008 yang akan datang. Mesyuarat pada 24/2/2009 tersebut akan menentukan samada PYBK akan diberi surat anugerah (Letter Of Award) oleh EPU bagi pihak kerajaan membangunkan UiTM di Serendah.

Semua tenaga perunding samada arkitek, jurutera, pakar penasihat kewangan dan peguam yang terlibat dalam cadangan pembangunan UiTM oleh YBK diatas tanah YBK di Serendah Hulu Selangor dan Dato Pengerusi YBK juga turut hadir dalam sesi taklimat tersebut. Taklimat juga membincangkan persediaan aspek teknikal, kemudahan pembiayaan projek dan langkah-langkah yang telah diambil oleh PYBK sejak mendapat surat tawaran dari pihak EPU sebelum ini.

 

 

 

 

YBK Team Development @ copyright