Arkib Berita 2009

 

 

Program Saringan Kesihatan di Desa Kasih

Sabak Bernam, 16 Februari – YBK akan menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Desa Kasih yang meliputi Desa Kasih Merbau Berdarah, Desa kasih Sg. Kajang, Desa Kasih Parit 8 ½ Barat, Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar, Desa Kasih Tg Jawa, Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai, Desa Kasih Sekendi dan Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah.

YBK yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan tiga program kesihatan ini yang berpusat di Desa Kasih Merbau Berdarah, Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai dan Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar.  Program kesihatan ini disasarkan kepada golongan wanita bagi memberi kesedaran dan maklumat berkaitan penyakit berisiko tinggi seperti barah payu dara, barah pangkal rahim, jantung, diabetes dan darah tinggi. Program ini juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini secara percuma dan di tempat penempatan masing-masing.

Satu mesyuarat telah diadakan yang dihadiri oleh penyelia-penyelia Desa Kasih, Pengarah dan pegawai daripada  Bahagian Kesihatan dan Perubatan Hospital Hal Ehwal Orang Asli Gombak dan , Pengarah dan pegawai daripada Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Benam, dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Desa Kasih

 

 

YBK Team Development @ 2008 copyright