| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Mesyuarat SUKARELAWAN YBK

Batang Kali, 12 Feb 2009 - YBK telah mengadakan mesyuarat SUKARELAWAN YBKdi pejabat YBK Batang Kali di Hulu Selangor. Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan program yang akan diadakan oleh ahli SUKARELAWAN YBK dalammasaterdekat ini. Disamping itu mesyuarat juga meminta kerjasama dan bantuan ahli SUKARELAWAN mengenalpasti pelajar miskin yang perlu dibantu untuk ditempatkan di Asrama Kasih YBK JAMBOR SAKTI Gesir.

Hasil dari perbincangan tersebut ahli SUKARELAWAN bercadang akan mengadakan lawatan ke wad Pesakit Kanak-Kanak Hospital Kuala Kubu Bahru. Disamping beramah mesra dengan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan kedatangan ahli SUKARELAWAN diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pesakit kanaka-kanak disamping penjaga mereka. YBK bercadang menyampaikan hadiah berbentukpermainan kanak-kanak

Berkenaan dengan usaha mengenalpasti kanak-kanak miskin yang layak ditempatkan di Asrama Kasih YBK JAMBOR SAKTI Gesir, ahli SUKARELAWAN YBK bersetuju membantu YBK mengenalpasti mereka yang layak dan berpotensi dalam akademik untuk dfitempatkan di asrama YBK. Pencarian kanak-kanak miskin ini tidak terbatas dari kawasan Hulu Selangor sahaja, malah dari luar negeri Selangor jika berminat.

 

 

 

 

YBK Team Development @ copyright