YBK Menyertai ESQ Mission & Character Building
31 Jan 2009 - YBK telah menyertai program ESQ Mission & Character Building di Subang Sheraton, Subang Jaya. Program yang berlansung selama 2 hari (30 Jan - 1 Feb 2009) yang dikendalikan sendiri Drs. Ary Ginanjar Augustine, Master Trainer ESQ Jakarta. Program pembangunan sumber manusia berdasarkan konsep 165 ini didapati berjaya membawa suatu prespektif baru dalam memahami cara hidup sebagai seorang muslim.
Program ini merupakan Program ESQ Intermidiate yang dihadiri lebih dari 300 peserta dari sektor awam, swasta dan perseorangan dari seluruh negara. YBK telah diwakili sendiri oleh Dato Zainal Sakom (Pengerusi), Hj Bing Selamat AMir (ALPA) dan CEO yang telah mengikuti penuh siri latihan yang disediakan.