Mesyuarat Permodalan YBK Sdn Bhd
13 Ogos 2008 Kelana Jaya – Ahli lembaga pengarah salah sebuah anak syarikat YBK telah bersidang bagi memutuskan beberapa perkara berbangkit terutama mengenai projek-projek pembangunan dan pelaburan yang baru berkaitan hartanah yang terletak di Serendah, Hulu Selangor. Pihak pengurusan diminta meneruskan kerja-kerja pembangunan dan mengemaskini status syarikat kerana projek-projek baru ini memerlukan sebuah entiti yang teguh dan kukuh serta melibatkan kewangan yang besar.
