Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMK Damansara Utama

11 Ogos 2008, Dataran Utama SMKDU - Sempena menyambut Hari Kememerdekaan yang ke 51, satu program kemerdekaan telah di anjurkan oleh SMK Damansara Utama dengan tema "Patriotisma Teras Kejayaan" bertujuan untuk menyemarakkan semangat pelajar dan warga sekolah khasnya untuk bersama-sama menyambut kemederkaan Negara Malaysia dengan semangat patriotik. Program ini di jangka akan berlangsung secara berterusan dari 11 Ogos hingga 15 September ini.

Antara program-program yang akan dijalankan sepanjang tempoh program ini ialah kuiz, melukis poster tokoh, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan permainan tradisional, pertandingan melukis karangan patriotik, pameran sejarah, pertandingan keceriaan kelas. Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang di ketuai olah Puan Norsham. Diikuti ucapan aluan telah di sampaikan oleh Puan Zulaikha selaku Pengetua Kanan dan seterusnya menjemput Pengerusi YBK Dato` Zainal Abidin bin Haji Sakom untuk merasmikan program kemerdekaan ini yang di lihat akan mampu mewujudkan perasaan cinta akan negara dan dalam masa yang sama akan membina semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Dengan ini juga, pelajar yang berkepimpinan dan bertanggungjawab dapat dilahirkan. Majlis di akhiri dengan lawatan ke Pameran Sejarah Kemerdekaan dan jamuan ringan.

 

 

YBK Team Development @ 2008 copyright