Koperasi Kita Bhd rancang usahasama dengan YBK
6 Ogos, 2008, Shah Alam - Koperasi Kita Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan YBK untuk melaksanakan projek ternakan ikan tilapia merah untuk tujuan eksport. Ternakan ikan tilapia merah secara kontrak tersebut dijangka akan memberi faedah kepada golongan sasar YBK seperti keluarga termiskin dan ibu tunggal.
Untuk tujuan tersebut koperasi telah melawat beberapa tanah YBK yang sesuai untuk dijadikan tapak ternakan ikan tersebut. Mereka yang diwakili oleh Hj Ibrahim Ahmad dan pegawai telah dibawa sendiri oleh Dato ke tapak tanah YBK di Serendah. Lawatan ini juga disertai bersama oleh Tuan Hj Majid seorang rakyat Malaysia yang menetap dan mendapat kerakyatan Dernmark yang berjaya menjalankan perniagaan makanan Islam di Eropah. Mereka juga telah dibawa ke tanah milik Permodalan YBK di Serendah untuk tujuan tersebut dan melawat Asrama Kasih YBK Serendah.