Mesyuarat Format Pemilihan Pelajar Asrama Kasih 2009
24 Julai, 2008, Asrama Kasih YBK Serendah - Satu Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Asrama kasih Serendah yang membincangakan mengenai kemasukan pelajar ke Asrama Kasih untuk tahun 2009 yang akan dilakukakan tidak lama lagi. Antara yang hadir ialah Pengerusi YBK,Dato’ Hj Zainal Abidin bin Hj Sakom, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En Zulhairy bin Jalaluddin, Pengetua Asrama Kasih, Hj Abdul Latiff bin Hussain, Pengetua SMK Serendah, En Mohd Ali, dan dua Eksekutif YBK, Pn Alia Zam dan Rosmaiza Mohammad.
Perkara yang dibincangkan ialah, untuk kemasukan kali ini, tawaran akan dibuka kepada semua Sekolah Luar Bandar di Selangor dan luar Selangor termasuk dihantar ke pejabat KEMAS. Kaedah pemarkahan pula akan lebih menjurus kepada mereka yang betul-betul layak serta pemproses borang akan lebih dikemaskini lagi. Panel yang terlibat dalam menapis dan memilih pelajar yang tepat di anggotai oleh
Hj Bing Selamat, En Zulhairy b. Jalaluddin Pengetua Asrama Kasih Haji Latiff dan Pengetua SMK Serendah. Pemilihan kali ini akan memastikan Semua syarat-syarat pemilihan harus dipatuhi agar pemilihan pelajar kali ini lebih efektif dan berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.