Mesyuarat Ahli Lembaga Pemeganag Amanah YBK
14 Julai, 2008, Kelana Jaya – Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah bermesyuarat untuk kali ke 54 bagi memperkasakan program-program pembasmian kemiskinan. Pada kali ini, ahli-ahli lembaga memohon pengurusan menumpukan kerja pembasmian kemiskinan seiring dengan perkembangan industri asas tani. Perkembangan projek-projek usahasama anak syarikat bagi pembangunan hartanah YBK juga telah dibentangkan untuk makluman para ahli lembaga pemegang amanah. Beberapa keputusan telah dibuat bagi melancarkan pengurusan YBK.