Mesyuarat Lembaga Anak Syarikat Permodalan YBK
9 Julai 2008, YBK Kelana Jaya – Ahli-ahli lembaga pengarah anak syarikat, Permodalan YBK Sdn Bhd telah meluangkan masa meneruskan usaha bagi menggerakkan aset syarikat untuk menjana pendapatan bagi membantu YBK melaksanakan aktiviti-aktiviti pembasmian kemiskinan. Perbincangan turut diadakan bersama pihak juruaudit bertauliah dan pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan projek-projek yang bermanfaat.