Mesyuarat Projek Ternakan Ikan Talapia secara komersil

7 Julai, 2008 YBK Kelana Jaya - Satu perbincangan telah di adakan bersama antara Dato' Zainal Sakom, pengerusi YBK dan wakil dari Syarikat TAJ Segar Sdn Bhd mengenai projek ternakan ikan talapia di dalam kolam secara komersil. Salah satu kaedah alternatif di dalam industri akuakultur penternakan ikan air tawar melibatkan penggunaan mikroorganisma (EM) untuk merawat air bagi mengelakkan ikan daripada serangan penyakit. Projek ini akan melibat hampir 40 orang peserta di mana semua peserta akan di tempatkan dalam satu kumpulan supaya lebih mudah dikawal dan ianya dirancang untuk di adakan di Sekinchan.

Hasil daripada ternakan yang di anggarkan sebanyak 2 kali dalam setahun akan di beli semula oleh TAJ Segar di mana ia lebih berkonsepkan "contract farming". Projek ini masih dalam perbincangan dan jika dipersetujui. Pihak YBK merancang untuk dibangunakan di Hulu Selangor. Dato` Zainal merancang untuk melawat projek yang telah berjaya di jalankan di Batu 18 Kuala Selangor, Sungai Buloh.

 

YBK Team Development @ 2008 copyright