| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

 

Ketibaan Kumpulan Kedua 28 Rakyat Bosnia

13 Dis 1992 - Menteri Besar Selangor turut menyerikan acara menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 rakyat Bosnia & Herzegovina di LTAB Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini.

Tujuannya adalah untuk membantu menyelamatkan umat Islam yang tertindas, di negara yang ditimpa peperangan. Turut menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan, Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rector UIA Dato Dr Abdul Hamid Sulayman. Kerajaan Negeri Selangor melalui YBK akan menaja pengajian 32 pelajar di UIA.

.

YBK Team Development @ 2008 copyright