Kursus
Bina Diri III
20
Nov 1992 - YBK telah mengadakan Kursus Bina Diri III 15-20 Nov 1992 di
Kamsis Ungku Umar Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis penutup telah
disempurnakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Dr. Zainal Abidin Ahmad. Kursus
Bina Diri yang melibatkan 177 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh
Selangor selama 6 hari bertujuan membina keyakinan diri dikalangan pelajar
yang mengambil bahagian. Turut sama dalam majlis ini adalah Pengarah Jabatan
Agama Islam Selangor, Dr. Shafie Salleh dan Dr. Mizan Adilliah, pensyarah
Fakulti Pengajian Pendidikan & Kaunseling sebagai penyelaras projek.
Kursus ini dianjurkan oleh YBK, JAIS, UPM dan Yayasan Selangor.
|