Perasmian
Pusat Latihan YBK (PLYBK)
18
Ogos 1992 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah merasmikan
Pusat Latihan YBK di kawasan perindustrian Bandar Baru, Kuala Selangor.
Pusat ini bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal dalam bidang kejuruteraan
kepada anak melayu dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah agar
dapat berdaya maju.
Projek ini adalah merupakan projek membawa institusi
pengajian ke luar Bandar dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB),
melalui pembiayaan operasi dan pengurusan oleh pihak UMW dan Kontena Nasional.
Turut hadir ialah Dato Abdul Khalid Ibrahim (CEO PNB), CEO UMW dan Kontena
Nasional serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapan beliau,
MB mencadangkan syarikat swasta mewujudkan perkhidmatan korporat untuk
masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab social dengan mencontohi program
One Percent Club di Jepun dimana setiap syarikat menyumbangkan 15 daripada
keuntungan setiap tahun untuk kerja amal dan kebajikan.
.
. |